Jualan Airbus A400M

  • Pada 9 Disember 2004, Tentera Udara Afrika Selatan memgumumkan pembelian 8 buah pesawat A400M pada harga keseluruhan €837 juta, dengan pilihan 6 buah tambahan pesawat, Afrika Selatan juga menjadi ahli kumpulan Airbus Military sebagai rakan industri. Penghantaran dijangka pada 2010 hingga 2014.
  • Kanada telah mengeluarkan tender pada 5 Julai 2006 untuk perolehan sehingga 17 buah pesawat pengangkut udara taktikal untuk mengantikan angkatan pesawat model Lockheed CC-130E.[7] Untuk perolehan ini, pesawat A400M akan bersaing dengan pesawat dari firma Lockheed iaitu C-130J Super Hercules. Airbus telah mencadangkan pesawat A400M yang akan berperanan sebagai pesawat pengangkut jarak sederhana bersama Tentera Udara Kanada. Sebaliknya, Kerajaan Kanada telah membeli 4 buah pesawat Boeing C-17 untuk digunakan sebagai pesawat pengangkut jarak jauh. Pesawat pertama telah dihantar ke Kanada pada 12 Ogos 2007. . Pada 29 Jun 2007, Kerajaan Kanada telah menghantar "Permohonan Pembelian" (RFP) kepada firma Lockheed Martin untuk pembelian pesawat C-130J, Ia secara langsung telah menghapuskan harapan firma EADS/Airbus untuk membekalkan pesawat A400M. [8] Pada 16 Januari 2008, Menteri Pertahanan Peter MacKay telah mengumumkan perjanjian AS$1.4 bilion dengan firma Lockheed-Martin untuk pembelian 17 buah pesawat Hercules.[9]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Airbus A400M http://news.gc.ca/web/view/en/index.jsp?articleid=... http://www.a400m-countdown.com/index.php?v=4&spage... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbusmilitary.com/ http://www.airbusmilitary.com/countdown/index.html http://www.airbusmilitary.com/pressrelease.html#18... http://www.airforce-technology.com/projects/fla/ http://www.airframer.com/aircraft_detail.html?mode... http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index... http://www.boeing.com/news/releases/2007/q3/070808...